Kisah Bumi Dan Langit
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj
adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit,
"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan
aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa
gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok
dari kamu kerana matahari, bulan, bintangbintang, beberapa falah, buruj,
'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada
rumah yang dikunj ungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para
wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit,
sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan
kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta
kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan
diamenjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi
berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan
berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan
permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila
mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku
minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit)
sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit,
kemudian Allah S.W.T memberi wahyu
kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab,
"Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail
jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah
kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak,
wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus
pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat
40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing
terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang
pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu
bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya
aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah
tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak
mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan
menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian
Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada
Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
0 Komentar