Kisah Berkat Di Balik Membaca Basmallah
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,
tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama
dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah,
Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di
tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan
oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, "Berikan
padaku wang yang aku berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia jugamembaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
0 Komentar